Wednesday, April 27, 2011

kritik, dikritik mengkritik...

dipetik drpd iluvislam.com


"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.

Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?

Ingat..

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Wednesday, April 20, 2011

mendedahkan keaiban orang, satu kepuasan?

mungkin kerana mengejar nama?atau rasa seronok tengok orang lain diaibkan..seronok tgk org lain susah dalam kegembiraan kita..

tak faham dengan spesis manusia seperti ni.. kalau kafir takpe la, mmg dah tak tau halal haram... ini, org islam.. malukan org islam..depan org kafir.. itu cuma satu situasi yang saya andaikan mmg terjadi...



Islam memandang berat perbuatan mendedahkan keaiban orang lain dan ini termasuk didalam perkara mazmumah (keji) dan sangat dipandang berat. Islam juga melarang umatnya mencari keaiban orang lain dan mendedahkannya sesuka hati.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksaan yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)." (Surah al-Nur, ayat 19)

Sifat dan dasar Islam ini haruslah difahami. Oleh itu adalah dikehendaki setiap orang menyimpan rahsia atau menutup keaiban saudaranya. Lebih-lebih lagi jika rahsia atau aib hanya semata-mata prasangka atau tuduhan buruk yang tidak berasas. Hal ini dikhuatiri akan menimbulkan fitnah dan perselisihan yang mengakibatkan oleh orang yang terfitnah mengalami kesengsaraan perasaan dan jiwa serta masyarakat pula memandang serong.




Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat kelak." (Hadis riwayat Muslim)

bagaimana cara menjauhi perbuatan td??

Pertama ialah orang yang tidak pernah disebut melakukan kejahatan atau kemungkaran; jika terdengar atau diketahui bahawa mereka melakukan sesuatu kemungkaran, maka tidaklah harus didedahkan atau diperkatakan.


Jika tetap diperkatakan atau didedahkan juga kemungkaran yang didengari itu, maka ia menjadi umpat yang hukumnya haram dan amat berat dosanya.


Kedua, orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau kemungkarannya secara terang-terangan, malahan tidak mempedulikan sebarang nasihat diberikan dan tidak malu melakukan kejahatan secara terbuka; harus didedahkan keaibannya. Mendedah dan bercakap mengenai kejahatan mereka dalam situasi ini tidak lagi dianggap mengumpat.

Malah ada kalanya wajib didedahkan kejahatannya kepada orang ramai, supaya mereka sentiasa berwaspada dengan tingkah lakunya kerana jika didiamkan tentulah ia bermaharajalela dan kejahatannya semakin hari akan bertambah sehingga membahayakan masyarakat.

Menurut sesetengah ulama pula, adalah sunat merahsiakan keaiban manusia dalam empat perkara iaitu keaiban berkaitan
hak Allah
,
keaiban lampau yang tidak diketahui orang
,
keaiban orang yang berkedudukan dalam masyarakat
dan
keaiban dilakukan untuk melindungi kepentingan anak yatim.



Abu al-Haisam pegawai kepada Uqbah bin Amir (salah seorang sahabat Nabi SAW) berkata: "Saya pernah berkata kepada Uqbah bahawa saya mempunyai jiran yang suka minum arak, dan saya akan melaporkannya kepada pihak berkuasa supaya mereka datang menangkapnya. Lantas Uqbah berkata: Jangan! Tetapi nasihatilah mereka itu. Abu al-Haisam menjawab: Saya sudah melarang tetapi mereka masih berbuat demikian. Justeru, saya tetap akan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Uqabah berkata lagi: Jangan! Sebab saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menutupi suatu keaiban, maka ia seolah-olah menghidupkan anak yang ditanam hidup-hidup dalam kuburnya." (Hadis riwayat Abu Daud, Nasa'i dan Ibn Hibban)



Semua orang tetap ada keaibannya tertentu, sama ada kecil atau besar keaibannya tentu ia tidak suka diketahui orang. Apatah lagi jika ada orang yang sengaja mencari keaiban dan seterusnya menyebarkannya ke sana-sini, tentulah ia akan marah. Lebih buruk lagi jika ia membawa kepada perselisihan dan pergaduhan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya jika kamu mencari-cari keaiban orang lain, bererti kamu telah merosakkan mereka atau setidak-tidaknya hampir merosakkan mereka itu." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Hibban)

Sebenarnya hal ini bertentangan dengan dasar Islam yang menganjurkan umatnya supaya saling berkasih sayang, hormat-menghormati, bantu-membantu dan tidak benci-membenci antara satu sama lain.

Bagi orang yang suka menyebarkan keaiban orang lain, seharusnya berfikir sejenak bahawa dirinya juga tidak sepi daripada aib dan cacat. Jika ia tidak suka keaibannya dicari dan didedahkan, maka mengapa pula ia sanggup mencari dan mendedahkan keaiban orang lain. Tidakkah ia bimbang suatu hari nanti orang lain pula akan mencari dan mendedahkan keaibannya.

Rasulullah SAW menilai bahawa mencari keaiban orang lain itu termasuk dalam perbuatan orang munafik yang menyatakan beriman dengan lidah tetapi hatinya membenci. Kelak mereka akan dibebani dosa yang berat di hadapan Allah.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai orang yang sudah menyatakan beriman dengan lidahnya, tetapi iman itu belum sampai ke dalam hatinya! Janganlah kamu menyakiti orang Islam dan janganlah pula mencari keaiban mereka. Sebab sesiapa yang mencari keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mencari pula keaibannya. Sesiapa yang dicari keaibannya oleh Allah, maka Dia akan mendedahkannya, meskipun ia berada dalam perjalanan yang jauh." (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Monday, April 18, 2011

aku rindu ayah...


tanggal 11.12.2010 merupakan detik yang paling aku tak boleh lupakan..

kehilangan ayah.. buat selama2 nya berpisah alam...

pukul dalam pukul 10.30 mak panggil kami anak-anak, ayah sesak nafas lagi!!

pagi tadi ayah nampak sihat sangat....

kami adik beradik berkejar pada ayah... urut kaki, urut belakang.. juga mengajar ayah kalimah ALLAH..

nampak sukar sungguh ayah bernafas kali ni, rupanye ayah sedang nazak...

sungguh tak sangka... ayah minta nak tidur, rupa-rupanya ayah tidur buat selama2 nya.. saat tu aku dan dua kakak aku sedang membacakan surah addukhan...

moga ayah dipermudahkan sakaratul maut...

tak sampai 10 ayat aku rasa, ayah senyap...

di fikiranku, ayah tidur agaknya...

sungguh tak percaya...

air mata tak dapat dibendung lagi... suami memimpin tangan naik ke atas, sabar sayang.. ayah telah pergi...

aku turun balik kat ayah, ku sentuh badan ayah.. masih terasa hangat tubuh ayah.. ayah tidur ni... cukup tenang wajah ayah... tiada lagi kesakitan di wajah ayah...

selimutkan tokki, tokki sejuk ni... arahku pada anak buah...

kami berkumpul keliling ayah membacakan surah yasin.. untungnya ayah ada anak yang ramai dan cucu yang ramai...(mudah-mudahan)

alhamdulillah.. segala urusan pengebumian ayah berjalan dengan lancar...

cuaca redup saja..seakan bersedih sepeti kami...

terimbau segala kenangan bersaama ayah yang takkan pernahku lupa...

masa saat aku dapat result untuk masuk um, ayah baru balik dr laut.. hilang penat diwajah ayah bila aku khabarkan berita gembira itu...

saat sahabat aku tak dapat mana-mana tawaran ke ipt, aku turun kebandar untuk tolong buat rayuan(pergi cc).. aku baru kena chikenpox masa tu,,, dalam perjalanan balik, ujan turun dengan lebat... bila bas berhenti nampak ayah sedang tunggu bersama dengan payung.. tah berapa lama lah agaknya ayah tunggu.. masa tu mana ada hp...

3 hari sebelum ayah meninggal.. ayah nak sangat makan sup tulang... aku tak bagi sebab kolestrol tinggi.. tapi aku tetap pergi cari kat pasar...hampa, tulang dah habis..

balik rumah, ayah kecewa sangat..
pelik, kenapa lah ayah beria sangat..
esok aku cari lagi.. alhamdulillah... sampai rumah aku terus masak... dapat lah makan semangkuk.. tu pun ayah sesak nafas sebelum nak makan...

hari ayah pergi, ayah sedang tidur..

mak, ayah dah makan ke.. aku tanye pada mak..
dah, ayah makan laksam...
laaa, tu kan santan..
mak kata tak mengapa lah.. ayah teringin sangat nak makan laksam...

rupanya tu permintaan terakhir ayah...
abang aku yang belikan...
dan,
ayah aku pun meninggal atas pangkuan abang aku...

apa pun ayah, sungguh banyak yang aku impikan untuk ayah.. tapi terlambat.. tak banyak impian yang dapat aku sempurnakan...

ayah, aku sangat sayangkan ayah, tapi aku malu nak cium ayah...
saat aku cium ayah, ayah sudah kaku....
terasa satu kesalan yang teramat sangat...

moga-moga ALLAH membalas segala pengorbanan ayah dan kasih sayang ayah dengan syurga...

ayah, seorang yang tegas, mementingkan pelajaran anak-anak, penyayang walaupun terhadap binatang dan sangat-sangat menjaga kebersihan dan solat...

alfatihah buat ayahanda tersayang...
haji yusof bin mohamad..

STRESS!!!

CARA MENANGANI STRESS DARI SUDUT ISLAM DAN KESIHATAN


tertekan!!stress!!tension!!
kerja banyak!! buku budak nak tanda!!kat umah bersepah!!ari ni nak masak ape!!

Stres sebenarnya adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: kerja yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri).

ramai salah sangka, Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.

cuma kita kena ada cara, untuk menangani stress ni...


rasenye sume cikgu laa terutamanya perkara2 kat atas ni mmg kerap laa berlegar2 dalam kepala...

jaga2, macam2 penyakit jiwa leh datang kalo kite tak tau menangani rasa stress...



ape yg kita buat bile sterss??kerana stress laa balik umah gaduh suami isteri, kerana stress laa gak anak2 kekadang jadi mangsa....

kalo saya stress, saya lebih suka memasak..satu terapi...
tapi, sebenarnya ...
dalam islam ada cara yang sepatutnya kita lakukan ....



#Berpegang erat pada ajaran dan syariat islam

#Bersabar,tenang dan sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah

#Terima hakikat bahawa kehidupan manusia sentiasa diuji Allah

#Ujian memantapkan nilai2 keimanan,ketaqwaan,kesyukuran dan rasa cinta kepadaNya

#Menunaikan solat 5 waktu dan solat sunat

#Berzikir,bertasbih dan bertahmid

#Mendengar,membaca dan menghayati tafsir Al Quran,Al Quran sumber teragung dalam merungkaikan masalah manusia.

#Meletakkan keyakinan bahawa dunia hanyalah sementara akhirat jua yang kekal.

#Berdoa,memohon keampunan dan tawakal

bak kata maher zain, insyaALLAH... kite boleh kawal stress..


dari sudut kesihatan plak....

Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:

#Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

#Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

#Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.



#Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.



#Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.


Atasi stres anda. Hidup dengan sihat dan ceria.

Thursday, April 14, 2011

ni sifat yg lahir dari hati yang busuk...

sangat tertarik dengan kate2 dr facebook ustaz zahazan.......




Sebhgian org merasa 'puas' & 'selesa' dalam jiwanya apabila dpt menyakitkan hati org lain sama ada dgn kata2, tulisan, sindiran dan jelingan.




Bg golongan ini semcm satu hobi melemparkan kata2 yg diketahui boleh 'menyakitkan' targetnya. Jika sifat itu ada dlm diri, fahamilah hati individu tu SGT KARAT dgn dosa terkumpul bertahun2.





Tanpa sgr diubah, ia bkl menjadi kegemaran harian yg memufliskan akhiratnya.




semoga kekal sebagai peringatan dalam diri...