Wednesday, August 19, 2009

aqil dan sepupu sepapatnye....













ni gambar aqil bersama2 ngan sepupu yg lahir dekat... adam saifullah bulan 8 2008, faiz husaini bulan 10 2008.. aqil plak bulan 12 2008... maka, aqil laa yg bongsu...

tido.....

style tido anakanda ku....





alaaa ummi ni tanak laa amik gamba... nak titon laa ummi..

Tuesday, August 18, 2009

musim h1n1, ngan puasa yg akan tiba, dan musim tengkujuh....


besar sungguh ujian ALLAH kali ni... buka sikit yg terkena tempiasnye.. skang ni mmg tak berani laa nak gi memane... hikmahnye nafsu nak "menyoping" tu mmg dapat dikekang laa...

cumenye..hati ni selalu terpikir... penyakit yang melanda satu dunia skang ni, adakah ujian atau bala ALLAH???

kat sekolah skang ramai tol bebudak yg demam.. kengkadang kedatangan kelas jie lebih 60 % yg tak datang.... tp bab pemakaian mask ni hangat2 taik ayam je.... lemas nak pakai, dan tak puas mengajar ngan muke tertutup.....

terpikir2 untungnye sape yang pakai niqab, tak yah susah2 nak beli mask....

kelmarin dlm paper kate gelombang kedua h1n1 dijangka akan menjadi lebih cepat... yaALLAH, pada siapa lagi kami boleh minta perlindungan...

semoga dengan kedatangan ramadhan almubarak, waktu dimana doa diangkat hijab.... moga ALLAH kabulkan doa hamba... jauhkan kami umat islam dari wabak ini yaALLAH.....

alhamdulillah.. hal pengasuh dah setel

alhamdulillah sangat... jiran sebelah umah jie setuju nak jaga aqil sebulan..
pas raya nanti jie antar laa balik kat pengasuh aqil...
betul cakap kak aiza, mak mentua jie pun cakap gitu...
lg pun peluang ni laa die nak tambah pendapatan sempena nak raya ni.. tak baik plak kalo jie menghalang...

Monday, August 17, 2009

aqil dah dapat adik!!!!


hiuhu.. gempak sikit...

ni la kot rupe nye kalo aqil dapat adik pompuan nanti....

lepas genap aqil setahun nanti... jie nak mencube anak kedua plak...

skang ni... nak tumpu sepenuhnye buat intan berlian yg sorang ni...

Sunday, August 16, 2009

pengasuh mintak cuti sebulan!!!

adeiiii

sakit kepale tol.. ape pendapat kwn2 laa kalo kat tempat jie...

pengasuh aqil mintak cuti sebulan bulan pose ni sebab nak menjahit...

dulu mase jie ngandung, bukan jie yg cari die.. tp die yang bape kali tanye...

salah ke daku sakit hati???

Tuesday, August 11, 2009

12/08/09 my enibeseri yg ke 4



thanx abang.. kekeke...cayang abang tau...
hmmm... ape yg akan berlaku ekkk??

jeng jeng jeng.....

Tuesday, August 4, 2009

aksi buah ati ku...

saje nak layan gambar buah ati...






layannnn

ahli fikir...
ape laa ummi ngan abah tengah buat tu...


blaja2 minum air heheh...


adam kaco aqil laa ummi....

ummi pun nak posing gak
ummi ni..asyik nak amik gambar je


mainan peberet aqil.. tp tahan 2 minit je.. pastu buang laa

Monday, August 3, 2009

hn1n... ape penyelesaiannya??

petikan artikel tentang hn1n... dr blog org lain..


Saya memulakan bicara saya bersama adik-adik dengan membawa pesanan Tuan Guru Dr Haron Din di dalam kelas di Darus Syifa baru-baru ini berkenaan fenomena “Selsema Babi”. Suatu fenomena yang menyebabkan seluruh dunia berada di dalam ketakutan. Ini kerana, sehingga 6 Julai sudah 434 kes yang dicatatkan berbanding hanya 2 kes pada 2 jun lepas.


Saya mengajak mereka supaya melihat fenomena selsema babi ini dengan 4 pandangan. Melihat dengan pandangan mata, pandangan akal, pandangan nafsu dan pandangan mata hati.

c9013d8fdfe9b7da92806cacac9f9244

Pertamanya dengan pandangan mata. Melihat dengan pandangan mata, seseorang itu hanya mampu melihat peristiwa selsema babi ini secara fizikalnya sahaja. Cuba kita renungkan, apakah yang hanya boleh dilihat dengan mata di dalam kejadian selesema babi ini. Maka tidak lain dan tidak bukan kita hanya akan mampu melihat fakta statistik peningkatan wabak. Mungkin juga kita dapat melihat tanda-tanda symptom wabak ini pada tubuh pesakit, tetapi semuanya adalah berkisar berkenaan fizikal tubuh badan pesakit itu sahaja.


Seterusnya, melihat selsema babi ini dengan pandangan akal. Kebiasaannya melihat dengan pandangan akal ini adalah kebiasaan pandangan para-para cerdik pandai atau pun saintis di dalam bidang ini. Mereka melihat dengan ilmu yang mereka ada untuk mencari punca-punca merebaknya wabak selsema babi ini. Melalui penelitian dan pengkajian ini, mereka akan cuba mencari jalan penyelesaian kepada penyakit yang belum ada jalan penyelesaian ini.

Manakala pandangan ketiga adalah melihat dengan pandangan nafsu. Apabila fenomena selsema babi ini dilihat dengan pandangan nafsu, maka akan adalah golongan-golongan yang bergelak ketawa sambil bertepuk tangan melihat negara-negara yang diserang dengan wabak ini. Ianya akan menjadi suatu keuntungan sekiranya ubat yang ditemui boleh dipasarkan dengan harga yang mahal. Seperti kata sahabat saya Fahyshal di dalam ruangan komen Facebook saya iaitu, selsema babi ini juga mainan kapitalis farmaseutikal yang menggunakan bioteknologi untuk menghasilkan virus demi kelangsungan jualan ubat.

Manakala pandangan yang keempat adalah melihat serangan wabak selsema babi ini dengan pandangan mata hati. Inilah pandangan orang yang tinggi keimanannya kepada Allah S.W.T. Mengapakah berlakunya fenomena sebesar ini? Adakah tiada jalan penyelesaian kepada permasalahan ini? Sekiranya seseorang itu melihat fenomena ini dengan pandangan mata hati, sudah tentu ianya adalah merupakan suatu bala yang ditimpakan oleh Allah S.W.T terhadap penduduk di atas muka bumi ini.

Punca kepada berlakunya wabak ini adalah kerana kederhakaan manusia kepada Allah S.W.T. Maka tiada cara lain untuk menghadapi perkara ini melainkan kita kembali mentaati ajaran Islam dan mengamalkannya. Bersamalah kita meningkatkan amalan kita dan meletakkan ketaatan yang sepenuhnya kepada Allah S.W.T.
Kepada adik-adik, saya meninggalkan pesanan Tuan Guru Ust Haron Din supaya masing-masing mengamalkan Qunut Nazilah dan beberapa bacaan doa penolak bala. Mudah-mudahan dengan amalan tersebut kita semua akan dilindungi oleh Allah S.W.T.