mari bersama memartabatkan subjek pendidikan islam.. biar selari penting seperti subjek-subjek lain...
Tuesday, May 24, 2011
bila adab berguru semakin terhakis....
Baru-baru ini kita mendengar berita mengenai pelajar yang menendang dan menumbuk gurunya hanya kerana dimarahi tidak menyiapkan kerja sekolah. Tidak cukup dengan itu, pelajar-pelajar itu memanggil rakan-rakan lain untuk sama membalas dendam kepada guru tersebut. Bayangkan guru yang ketakutan tersebut, terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri dan melaporkan perkara tersebut kepada polis.
Banyak lagi kes-kes yang kita telah dengar dan mungkin banyak lagi yang belum didedahkan. Sungguhpun kes tersebut adalah sebahagian daripada kes-kes terpencil, tetapi kejadian-kejadian tersebut tidak harus berulang, kerana ia bukan sahaja menjejaskan reputasi sekolah dan institusi pendidikan, tetapi melambangkan kebejatan adab di kalangan pelajar terhadap guru. Soalnya, di manakah silapnya? Apakah peranan yang harus dimainkan oleh semua pihak dalam menangani hal ini?
Fenomena yang menakutkan
Barangkali pada zaman sebelum merdeka, ibu bapa kita tidak pernah membayangkan situasi di atas akan berlaku. Guru pula yang seakan-akan dihukum oleh pelajar dan pelajar menentukan bagaimana guru harus melayani mereka. Tidak dinafikan bahawa zaman dan situasi semasa telah banyak merubah senario pendidikan pada hari ini.
Tugas guru semakin mencabar dan berat, bukan sahaja dihambat masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran kepada para pelajar, tetapi juga perlu menghadapi kerenah sesetengah pelajar yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati guru.
Guru menghadapi ancaman seperti kereta dicalar dan tayar dipancitkan, bahkan diancam dicederakan. Soal pelajar bercakap kasar dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada guru barangkali sudah menjadi mainan kepada guru disiplin.
Tambah malang sekiranya apabila tindakan diambil ke atas pelajar, guru dipersalahkan dan 'diserang' pula oleh para ibu bapa.
Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan semangat guru untuk mendidik para pelajar dan akhirnya beranggapan bahawa tugas mendidik dan mengajar adalah dua perkara berbeza. Tugas mereka hanyalah mengajar sukatan pelajaran sekolah dan pelajaran adab diletakkan pada bahu guru tertentu sahaja kerana tidak berupaya atau tidak mahu masuk campur dalam hal tersebut.
Kita mengetahui bahawa tugas guru bukan saja mengajar, tetapi perlu menyambung kesinambungan tugas ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Namun begitu, tugas menyemai dan mendidik anak akan erti akhlak dan budi mesti bermula daripada ibu bapa dan dorongan keluarga.
Guru di sekolah hanya menyuburkan sifat-sifat tersebut dengan menunjukkan contoh yang baik dalam pergaulan serta perhubungan dengan pelajar dan sesama guru.
Anak-anak yang tidak diajar dengan adab sedari kecil akan membentuk watak yang memberontak dan terkongkong di sekitar pemikiran mereka sahaja. Tanpa adab, pelajar akan bercakap dengan kasar, sinis serta terlalu bebas bersuara kerana merasakan diri sudah pandai dan tak perlu diajar tentang tingkah laku.
Hal yang sebaliknya akan berlaku apabila adab dititipkan ke dalam diri anak-anak, ia akan melahirkan pelajar yang menghormati pandangan orang lain, berbudi ketika berbahas, serta memahami perasaan orang lain serta lebih berketerampilan.
Islam amat menyanjung tinggi pengorbanan guru sebagai pendidik. Rasulullah SAW sangat menghormati majlis ilmu dan juga menggalakkan umatnya untuk menghormati guru. Apatah lagi guru tersebut lebih tua daripada pelajar, maka guru selayaknya diberi penghormatan yang tinggi kerana usia mereka serta pengorbanan yang mereka lakukan.
Pelajar seharusnya menganggap mereka sebagai teman dan ibu bapa kedua mereka di sekolah selain daripada ibu bapa di rumah.
Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru adalah bersandarkan tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi.
Pendidik dari kacamata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulama. Mereka berfungsi bukan saja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat. Ia juga berkait rapat tentang tanggungjawab, amanah, komitmen dan hubungannya dengan Allah.
Allah telah meletakkan orang yang beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi, seperti firman-Nya: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat. (al-Mujadalah: 11)
Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tiada perkara yang lebih berat di timbangan akhirat selain akhlak yang mulia. Dan sesungguhnya, orang yang mempunyai budi pekerti yang akan mencapai darjat orang yang berpuasa dan mengerjakan solat". (riwayat Tirmizi dan Abu Daud)
Pelajar atau guru yang membentuk suasana sekolah?
Apabila timbul kes pelajar buli guru, siapakah yang mengambil kesempatan untuk melepaskan diri sendiri? Pelajar, sekolah atau ibu bapa? Terdapat di kalangan ibu bapa yang melepaskan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak ke bahu pihak sekolah dan apabila hal yang kurang baik berlaku, pihak sekolah dipersalahkan untuk menutup malu di atas kesilapan mereka tidak mendidik anak dengan baik.
Di sekolah, guru menghadapi tanggungjawab yang banyak dan besar. Suasana pembelajaran di sekolah banyak bergantung kepada keupayaan guru dan pelajar untuk saling memahami falsafah dan misi sesuatu sekolah. Teras kedua dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ada menggariskan mengenai meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk 'minda kelas pertama'.
Di dalam teras tersebut mengandungi Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan bahawa untuk menambah baik kualiti pendidikan antara lain adalah dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif serta meningkatkan keupayaan guru dalam profesion mereka.
Terdapat para pelajar yang tidak berminat dengan suasana sekolah sama ada kerana peraturan yang terlalu ketat atau suasana pembelajaran yang tidak kondusif. Ia terjadi kerana terdapatnya faktor luar yang menarik perhatian mereka sedangkan faktor dalaman di sekolah seolah-olah menolaknya dan tidak menggalakkan pelajar untuk berminat dengan pelajaran di sekolah.
Mata pelajaran yang agak susah atau penyampaian guru yang tidak berkesan boleh menjadi faktor tolakan kepada pelajar ini. Selain itu, pengaruh hedonisme atau budaya bersuka-suka yang semakin membarah dalam masyarakat kita pada hari ini boleh menjadi punca kepada mengapa pelajar tidak berminat untuk belajar seterusnya bersikap biadap terhadap guru di sekolah.
Justeru, dalam mengatasi hal ini, sokongan semua pihak amat diperlukan. Guru harus bersifat lebih ihsan terhadap pelajar, namun dalam masa yang sama harus tegas dengan kebenaran dan kebatilan. Pihak sekolah mesti mengadakan lebih banyak aktiviti bersama pelajar dengan menggalakkan penyertaan semua pelajar dalam kegiatan yang berfaedah.
Para pelajar pula harus belajar mendengar pandangan orang lain serta belajar untuk berhujah dengan baik sekalipun terdapat perkara yang mereka rasakan tidak betul.
Seterusnya ibu bapa wajib memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak mereka mengenai adab terhadap orang lain, dan bukan hanya meletakkan tanggungjawab tersebut kepada pihak sekolah. Akhir sekali, masyarakat serta media massa perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik dengan mengamalkan tingkah laku serta tata susila yang betul apabila bergaul dalam kehidupan seharian.
Kesimpulan
Pelajar tidak harus melupakan batas-batas mereka dengan guru dan tidak hanya menganggap guru sebagai orang yang dibayar gaji untuk menulis di papan hitam segala sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan.
Pujangga Arab pernah menyatakan: "Sesungguhnya umat yang berakhlak akan kekal, tetapi jika akhlak mereka hilang, maka hilanglah mereka."
Justeru, dalam melahirkan generasi yang berketerampilan dan berakhlak mulia, pelajaran adab dan ihsan haruslah ditanamkan dalam jiwa generasi muda agar tidak tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang berusaha menghakis keperibadian mereka. Seperti kata Pendita Zaaba dalam mengungkapkan ihsan dalam syairnya:
"Berbuat baik ayuhai rakan,
Kalau tidak dikenal insan,
Dalam laut ia dicampakkan, Kalau tidak dikenal ikan, Tuhan tahu iakah bukan"."
yaALLAH ya TUHANKU , peliharalah aku, keluargaku, zuriatku dari biadab terhadap guru kami....
Saturday, May 14, 2011
terima kasih cikgu
16 mei 2011...
sambutan hari guru, hari meraikan aku (sebagai cikgu)
baru aku tau, betapa perlunya cikgu di raikan, dimuliakan ....
flashback ke tahun pertama aku dialam persekolahan secara formal..
zaman tadika... tahun 1987...
cikgu tadika aku namenye rosni... masih aku ingat bagaimana sabarnye cikgu tadika kami.. ye lah, nak handle budak 5 -6 tahun macam aku bukannye senang..
selalu ade seorang budak name panggilannye mat rosed.. selalu masuk bawah kerusi cikgu.. aku plak, pernah sekali melompat dr bangku, "gedebuk!" jatuh tersungkur.. huh pecah bibirku, cepat2 cikgu rosni dan kak tipah( tukang masak yg sangat baik) memujukku..
istimewanya, mase tadika aku satu2nye pelajar yang dah pandai membaca tanpa mengeja sejak 5 tahun.. (kesayangan cikgu) :)TERRIMA KASIH CIKGU
naik ke tahun satu aku tak berapa ingat sangat.. yang aku ingat mase tahun satu aku eksiden.. mase tu majuk ngan mak, mintak seposen mak tak bg.. aku ikut kwn aku seberang jalan.. padahal mak tak bg..
lepas eksiden, kepala aku berjahit..kesannya, semua huruf aku tulis terbalik.. jenuh cikgu nak betulkan.. aku dapat no 3 pekse sem 2. sebelum tu no 1.. tp, TERIMA KASIH CIKGU sbb tak putus2 bantu aku..akhir tahun, no 1 jd milik aku balik..
tahun 2.. yg aku ingat ade sorang cikgu rotan aku.. namenye cikgu "f". kesalahan?? aku budak baik hehe.. cume aku tak bawak kertas warna.. mase drjh 2, arwah ayah tak pernah bg aku gi kedai jauh2.. kedai yg jual kertas warna tu jauh.. arwah ayah lupa beli... bile tunjuk kesan rotan kat ayah, ayah tergelak... meh ayah tambah lagi.. tp aku yakin, ayah mesti kesian kat aku...ape pun, TERIMA KASIH CIKGU
naik ke tahun 6.aku paling besar kat sek.. tp dah mula banyak main..selalu ayah marah.. nanti tak dapat 4 a mcm abg..mmg betul ramalan ayah, aku cuma dpt 3a 1b je... b? bahasa inggeris.. aku rasa mungkin tak berkat kot, sbb time tu kitorang sume gaduh ngan cikgu BI kitorang.. namun, aku tetap nak TERIMA KASIH CIKGU...
bile masuk sekolah menengah, aku ke sekolah agama.. aku mula protes dalam diam.. sebabnya, aku tanak dok asrama... hari-hari nangis rindu mak ayah.. yg ke 2, nape time tu aku rase bahasa arab susah sangat...
tp TERIMA KASIH CIKGU untuk ustazah rahimah yg penyabar sangat melayan karenah kami...sir khalil yg best ngajar b.i. dan cikgu2 lain.
naik ting 2, yg terbaik aku dpt cikgu sejarah. cikgu maharudin.. garang tak hengat.. tp aku suke.. exam sejarah aku dapat 100%.. TERIMA KASIH CIKGU..
ting 3, aku dapat ustaz b.arab yg lembut macm ayah2.. tak pernah pun marah.. ustaz ibrahim.. ustazah haslina yg suka buat joke.. cikgu math cikgu roni yg phuuh... masih aku ingat salah 1 30 kali ketuk ketampi...menggigil lutut turun tangga.. takde sorang pun yg ngadu kat mak ayah... TERIMA KASIH CIKGU, dr E aku dpt B matematik...
ting 4, aku suka sejarah peradaban dunia.. minat sgt cikgu pompuan yg ngajar.add math??? andai mampu ku ubah, tak hingin aku ambek.. cacat result aku.. huhu.. tp ape pun TERIMA KASIH CIKGU..
ting 5.. aku nangis dlm kelas utk 2 subjek!! huh satu nye arab tinggi.. ustazah f marah aku buat terjemahan dalam tulisan rumi.. padahal aku siap.. kawan2 lain lagi lak aih.. tak siap.. huhu ..TERIMA KASIH CIKGU...
satu lagi subjek bm.. cikgu man "j".. puncanya die paksa aku jwb soalan sampai die puas ati.. sampai aku dah kering idea die masih tanye lg.. huhu malu...TERIMA KASIH CIKGU aku dp A1 subjek bm...
masuk U,ramai pensyarah2 dan lecturer yg aku respek.. ustaz yusof kelas quran..dr mariani psikologi pendidikan. ustaz zawawi yusoh, dr sek men jd cikgu, masuk U jd pensyarah aku jugak...
baru aku tau, rupanya nak jadi cikgu mmg tinggi kesabaran..kalo aku sendiri, dpt anak muri yg serupa macam "aku"... huh.. pening kepala...
apapun cikgu, TERIMA KASIH CIKGU...
selamat hari guru buat semua guru2 yang pernah mendidikku sama ada secara formal atau tak...baik cikgu ajar ngaji sampailah ke cikgu driving school ...
terutama dikhusukan buat cikgu2 yang mengajar ku dr tadika, sekolah rendah, sekolah menengah hingga laa ke universiti.. kerana jasa baikmu cikgu, aku kini pun bergelar cikgu
sungguh bukan mudah menjadi cikgu sebenarnya....semoga cikgu-cikgu sekalian hidup bahagia dunia akhirat...mak dan ayah, kalianlah guru pertama ku seawal mata ku celik memandang dunia...syurga lah buat kalian semua...
Tuesday, May 3, 2011
cerita tentang kahwin
bilakah masa yang sesuai untuk seseorang berfikir tentang kawin?
---> bila kita mula rasa bertanggungjawab untuk mengurus kehidupan kita maka kita sebenarnya sudah bersedia untuk itu. Itulah kunci bagi GERBANG PERKAHWINAN iaitu RASA TANGGUNGJAWAB dan KEMATANGAN.
Statistik tahun 2007 menunjukkan setiap HARI, 56 pasangan yang bercerai dan kadar ini meningkat setiap tahun, bahkan kebanyakan kes perceraian ini melibatkan pasangan muda. Saya bukan ingin menakut-nakutkan, sekadar memberi peringatan supaya kita melihat PERKAHWINAN ini dengan pengertian yang lebih lengkap dan matang.
Mungkin ada yang merasakan perkahwinannya akan melepaskannya dirinya dari masalah orang bujang. Ya, selesai masalah bujang dan kita perlu bersedia untuk masalah dalam hidup berumahtangga pula.... bukankah hidup ini merupakan ujian.
Sebut tentang kawin ini; ada 3 perkara yang dibincangkan oleh ulamak semasa:
Mahar yang tinggi, bahkan bukan-bukan.
Aurat; masa tulah nak dedah semuanya
Tasyabbuh; bercampur perkara-perkara syubhah, meniru orang-orang kafir dan sebagainya. (potong kek, pakai gaun ala kristian, bersanding ala hindu dan sebagainya)
Kita perlu ingat, jika kita tidak mulakan binaan rumahtangga dngan menjaga keberkatan Allah, bila ada masalah nanti kita akan rasa sukar untuk bersimpuh mengadu kepadaNya. Memang segala masalah itu datang dari Allah tetapi untuk menadah tangan memohon kekuatan dan pertolonganNya tidak semudah yang kita gambarkan. Ketika perahu dilanda gelombang tak semua manusia dapat kembali pada rasa kehambaan untuk merendah diri memohon kepadaNya dan tidak semua suara yang berdoa itu dikenali oleh Allah untuk diperkenankanNya
---> bila kita mula rasa bertanggungjawab untuk mengurus kehidupan kita maka kita sebenarnya sudah bersedia untuk itu. Itulah kunci bagi GERBANG PERKAHWINAN iaitu RASA TANGGUNGJAWAB dan KEMATANGAN.
Statistik tahun 2007 menunjukkan setiap HARI, 56 pasangan yang bercerai dan kadar ini meningkat setiap tahun, bahkan kebanyakan kes perceraian ini melibatkan pasangan muda. Saya bukan ingin menakut-nakutkan, sekadar memberi peringatan supaya kita melihat PERKAHWINAN ini dengan pengertian yang lebih lengkap dan matang.
Mungkin ada yang merasakan perkahwinannya akan melepaskannya dirinya dari masalah orang bujang. Ya, selesai masalah bujang dan kita perlu bersedia untuk masalah dalam hidup berumahtangga pula.... bukankah hidup ini merupakan ujian.
Sebut tentang kawin ini; ada 3 perkara yang dibincangkan oleh ulamak semasa:
Mahar yang tinggi, bahkan bukan-bukan.
Aurat; masa tulah nak dedah semuanya
Tasyabbuh; bercampur perkara-perkara syubhah, meniru orang-orang kafir dan sebagainya. (potong kek, pakai gaun ala kristian, bersanding ala hindu dan sebagainya)
Kita perlu ingat, jika kita tidak mulakan binaan rumahtangga dngan menjaga keberkatan Allah, bila ada masalah nanti kita akan rasa sukar untuk bersimpuh mengadu kepadaNya. Memang segala masalah itu datang dari Allah tetapi untuk menadah tangan memohon kekuatan dan pertolonganNya tidak semudah yang kita gambarkan. Ketika perahu dilanda gelombang tak semua manusia dapat kembali pada rasa kehambaan untuk merendah diri memohon kepadaNya dan tidak semua suara yang berdoa itu dikenali oleh Allah untuk diperkenankanNya
Subscribe to:
Posts (Atom)